Thursday, January 26, 2012
Maulidur Rasul akan tiba :)
Wahai sahabat2 , teman2 , sedar tak sedar , lagi berapa hari je nak MAULIDUR RASUL.
Apakah persiapan kita? Adakah kita sudah benar2 mngikut ajaran nabi SAW ? Berapa kali kita berselawat kepada baginda dlm satu hari sebagai tanda kita cinta dan ingat baginda? Sudah kah kita berjaya mngikuti sunnah baginda?
Lupakah kalian bahawa nabi sangat sayang dan ingat akan umat nya, hatta saat sakaratul maut nya, lafaz "umatku, umatku, umatku" kedengaran keluar dari mulut baginda. Ayuh sama2 kita sentiasa mengingati baginda. Sekali kita selawat kpd baginda, 10 kebaikan diangkat, 10 keburukan dihapuskan dari catatan amal kita. Untung kan?? Yang penting ikhlas wahai teman.
Percayalah, di dalam sunnah ada kejayaan, so mari kita terapkan cara hidup nabi dalam khidupan kita.
Secara hikmah nya, kalau kita mahu menjadi seorang doktor, pasti dan pasti kita akan mencontohi orang yg pakar dalam bidang itu, begitu juga kalau kita mahu syurga Allah, pasti dan pasti kita perlu ikut langkah orang yang Allah telah janjikan syurga kepada nya, iaitu Nabi Muhammad SAW. ada faham??
Dalam surah Al-Fatihah ayat ke-6, yang bermaksud: "Tunjukkanlah kami jalan yang benar"
di sambung pada ayat ke-7, yang bermaksud: "Jalan orang2 yang telah kau Engkau berikan nikmat kpd nya, bukan jalan mereka yg dimurkai, dan bukan pula jln mreka yg sesat"
Mafhum nya: jalan yang benar ialah jalan yang Allah berikan nikmat kpd mereka iaitu jalan baginda RasulAllah SAW. Manakala sebaliknya adalah jalan orang2 kufur dan munafik.
Sebagai konklusi nya, kita mestilah mencontohi RasulAllah dari segala aspek untuk berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya, baginda adalah contoh yg terbaik dan telah dijanjikan syurga kpd baginda. Tujuan baginda diutuskan ialah untuk memperbaik akhlak sekalian manusia . :)
Renung2 kan , amalkan , and share kan ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment