Islamic Widget

Sunday, December 30, 2012

Kerja di Cameron Highland


bermula 25 dec 2012 , aq kerja di Muslim Hotel Cameron Highland. Camne boleh kerja situ?? Cameron dgn Shah Alam dah la jauh..

 Faktor2 nya :-
 1. Hotel tu kawan aq punya bapak owner nya.
2. sebab nk belajar merantau.
3. Sebab nak hirup udara segar dan nyaman.

 *tu je kot :P

 ni gambar view2 berdekatan Muslim Hotel Cameron Highland:-














*Hotel RATES :-




*Siapa2 yg mahu booking ini hotel, boleh lah hubungi saya di 010-4364746 ( Fikri Halim ) :D

bye! salam alaikum !


Friday, December 7, 2012

Gambar Graduasi Ku


Muhammad Fikri Bin Abdul Halim
2008 - 2012
Di Bumi SAMTTAJ yang Tercinta

Moga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.... Amin

Thursday, December 6, 2012

~End of Secondary school~ :')

Assalamualaikum,

Pada coretan kali ini, ku bercoret dengan hati yang hiba ada rasa sedih, ada rasa gembira, ada rasa macam2. Yang penting, mata ku yang jantan ni berair juga sewaktu bercoret kali ini. Seyez tak tahan.

Pertama, rasa terkejut sangat2 terkejut! Why? Bcoz tak sangka dah habis waktu aku belajar di SAMTTAJ! What?! Cepat kan masa berlalu? Rasa macam baru semalam je kenal dengan kawan2 SAMTTAJ semua. Rasa diri ini masih dalam keadaan comot dan BULAT ( dulu aku gemuk :P ), but tiba2 dah 5 tahun berlalu, itulah REALITInya. We have to ACCEPT that. :)

Kedua, bila kita nak jumpa lagi? Persoalan yang selalu bermain di JIWAku. Bila bila bila bila~~??
Ya Allah pertemukanlah kami semua di suatu hari nanti. In Shaa Allah. Kalau dah jodoh tak kemana ye? kan? :)

Ketiga, aku berharap bro! Jangan lah hubungan persahabatan yang telah terjalin semakin hari semakin pudar di mamah usia. Harap kita dapat berkawan sampai ke syurga.

Korang try lah dgr lagu SAHABAT - Najwa Latif

Amacam? Kaulah yang selalu, selalu menemani ku! SAHABATKU!!!

Last but not least, aku nak ucap semoga berjaya di DUNIA dan di AKHIRAT!! Kita generasi berjaya! Ayuh harumkan nama ISLAM! :D
Islam itu HEBAT! Allah Selalu dgn kita.

1. Jangan lupa doa. ( senjata mukmin )
2. Jangan tinggal solat fardu
3. Tambah la amalan sunat banyak2.

dan byk lagi , haha

Okay, aq mintak maaf salah silap. Jumpa lagi kalau ada jodoh.

BYE< CIAO<WASALAM :)

OPPS, CHOP, lupa, kepada JUNIOR2 Sekalian!!
Belajar rajin2, nnt SPM jwb merepek macam AKU! haha, menyesal x guna!
Harumkan lah nama AGAMA ya. Jangan buat benda PELIK2, sebab korang ni PELIK gak. JOKE :P

BYE AGAIN<CIAO AGAIN<WASALAM AGAIN :D

Saturday, August 18, 2012

Madrasah Ramadhan VS 11 bulan GELAP

Assalamualaikum, coretan kali ini sekadar peringatan kita bersama.

hampir sebulan kita berpuasa, melalui MADRASAH RAMADAN, kita diajar untuk:


  • jaga mata
  • jaga mulut
  • jaga telinga
  • jaga hati
  • jaga anggota badan yg lain
  • Byk ibadat
dah lengkap blom mission kita? it's ok, x 100% at least ade perubahan yg berlaku pada kita kan?

ok, persoalan yg saya nak tekankan kali ini ialah, mampukah 1 bulan VS 11 bulan.

JAWAPANnya pd diri kita sndiri lah ye, tepuk dada, tnye IMAN :D

Wallahu A'lam , Assalamualaikum 


Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum ( jawab wajib )

ok2, sekarang ni ramadhan dah nk hampir melabuhkan tirainya. Syawal pula bakal tiba.

Jadi saya nk ucap awal2 la, selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Kepada semua manusia yg saya ade buat salah dgn korang, aq mintak maaf lah.
terutamanya makbapak aq! :'( adik beradik aq juga. Cikgu2 SAMTTAJ, SRAI 19 n Ma'had
Then, kawan2 aq yg rapat smpi yg renggang, aq minx maaf k. Pelajar SAMTTAJ juga.

Sambutlah hari raya dgn bersederhana, jgn lupa jaga adab and mahram kita.
Wassalam~


Thursday, February 23, 2012

SAMTTAJ TWEET FEBRUARY! :D

Samttaj Tweet February 2012

Friday, January 27, 2012

JUMAAT :)





Pengenalan


Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT


Penghulu segala hari


Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


Kelebihan hari Jumaat


Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 

1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. (datanglah ke masjid sebelum khutbah ^_^)
Malaikat turun ke bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.(datanglah ke masjid sebelum khutbah ^_^)
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

Thursday, January 26, 2012

Maulidur Rasul akan tiba :)



Wahai sahabat2 , teman2 , sedar tak sedar , lagi berapa hari je nak MAULIDUR RASUL.
Apakah persiapan kita? Adakah kita sudah benar2 mngikut ajaran nabi SAW ? Berapa kali kita berselawat kepada baginda dlm satu hari sebagai tanda kita cinta dan ingat baginda? Sudah kah kita berjaya mngikuti sunnah baginda?

Lupakah kalian bahawa nabi sangat sayang dan ingat akan umat nya, hatta saat sakaratul maut nya, lafaz "umatku, umatku, umatku" kedengaran keluar dari mulut baginda. Ayuh sama2 kita sentiasa mengingati baginda. Sekali kita selawat kpd baginda, 10 kebaikan diangkat, 10 keburukan dihapuskan dari catatan amal kita. Untung kan?? Yang penting ikhlas wahai teman.

Percayalah, di dalam sunnah ada kejayaan, so mari kita terapkan cara hidup nabi dalam khidupan kita.

Secara hikmah nya, kalau kita mahu menjadi seorang doktor, pasti dan pasti kita akan mencontohi orang yg pakar dalam bidang itu, begitu juga kalau kita mahu syurga Allah, pasti dan pasti kita perlu ikut langkah orang yang Allah telah janjikan syurga kepada nya, iaitu Nabi Muhammad SAW. ada faham??

Dalam surah Al-Fatihah ayat ke-6, yang bermaksud: "Tunjukkanlah kami jalan yang benar"

di sambung pada ayat ke-7, yang bermaksud: "Jalan orang2 yang telah kau Engkau berikan nikmat kpd nya, bukan jalan mereka yg dimurkai, dan bukan pula jln mreka yg sesat"

Mafhum nya: jalan yang benar ialah jalan yang Allah berikan nikmat kpd mereka iaitu jalan baginda RasulAllah SAW.  Manakala sebaliknya adalah jalan orang2 kufur dan munafik.

Sebagai konklusi nya, kita mestilah mencontohi RasulAllah dari segala aspek untuk berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya, baginda adalah contoh yg terbaik dan telah dijanjikan syurga kpd baginda. Tujuan baginda diutuskan ialah untuk memperbaik akhlak sekalian manusia . :)

Renung2 kan , amalkan , and share kan ^_^

Wednesday, January 25, 2012

Pabila Allah cinta akan hambanya.




‎"Apabila Allah mencintai hambaNya, Dia akan wafatkannya di 

dalam Islam." 


Ya Allah, Matikanlah aku dalam Iman dan Islam! 

Matikanlah aku dalam Iman dan Islam! 

Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!

-Ustaz Zahazan, Malaysia-

Jangan lah berputus asa!


Jangan Berputus Asa.

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

-Ustaz Zahazan, Malaysia-

Tips bagi Pelajar .

"Menurut al-Imam Ibn Badis al-Sanhaji, HATI tidak sekali-kali akan memperolehi apa yg sedang dpelajari shinggalah LIDAH brhenti drpd berkata-kata. Dgn sbb itu, seseoarang PELAJAR hendaklah menDIAMkan diri drpd brkata-kata sama ada scara JELAS atau berBISIK smasa proses pmbelajaran berlaku."

(Tafsir Ibn Badis, tafsir ayat 114, Surah Taha)

-Ustz Zahazan, Malaysia, Kitab 101 doa para nabi & rasul dlm quran-

#harap amal dan sampaikan. :)



Monday, January 2, 2012

2012, hope this year is better even SPM tahun ni~ ergh!! :(

Assalamualaikum , hye all readers, this post want to story bout 2012 for me.

tahun ni aq duduk asrama, so kwn2 sekalian, doa kan aq tabah, tak homesick as always :p

tahun ni aq amek SPM, so kwn2 sekalian doakan aq supaya berjaya dunia akhirat, amin.. :)

u r my friend , u r very good fren, love u all <3 

sape yg doakan kebaikan untuk org lain, Allah lipat kali ganda kan kebaikan yg di doa kan itu kepada diri nya :)