Islamic Widget

Sunday, September 28, 2014

Assalamualaikum. Salam Rindu :)

           Assalamualaikum. fuhh.. fuhh.. bersawang dah blog ni, maklumlah, da lama tak update blog ni. Busy sgt sbb KERJA KERJA DAN KERJA!! 

           Kerja apa? Alhamdulillah, rezeki dapat part time sebagai GURU GANTI aka GURU SANDARAN. Lama jgk kerja, dpt 3 kali ganti, 1st bulan Januari sampai April (MATEMATIK tahun 5), 2nd April sampai Jun (MATEMATIK tahun 6 & 4), and lastly Ogos (PIM tahun 1 & TAUHID tahun 2) *sebulan je sebab bulan September da flight, lanjutkan pelajaran ke bumi anbiya yg dinamakan MESIR. 

            *Maaf kalau coretan kali ni PANJANG LEBAR, sebab da lama x menulis, sekali tulis, AMEKAW! :p 

             Banyak kenangan pahit manis sepanjang aku memikul tanggungjawab sebagai seorang PENDIDIK. Tak lupa banyak juga skill yg aq belajar, antaranya skill mengawal kelas adik2 TAHUN 1 yg lasak2 belaka :D Dan sebelum terlupa, nama sekolah tu ialah SRAI Seksyen 19, sekolah lama aq jgk :') And the best part is bertugas sekali dgn cikgu aq dulu, dulu beliau ajar aq, sekarang bertugas sama2. hee. Antaranya ialah Sir Hardee, Cikgu Shahrul, Ust Nazim, Ust Zamri, Ust Ashraff, Ust Syafiee Mahat dan banyak lagi la. Cikgu perempuan lagi la ramai, x tersebut dkt sini :p And utk maklumat, aq kerja sekali sama2 dgn Asyraf Anas, Amirul Shazali dan Syakirah Hassan juga ex SRAI 19 batch 2002 - 2007. 

             Kali pertama aq ganti ajar tahun 5, senang nk jaga, sbb masing2 da faham arahan, da besar. Adik2 tahun 5 ni bukan main sedih lagi bila tahu aq nk berhenti kerja buat kali pertama. Ada sekumpulan budak ni SAYANG SANGAT dkt aq sampai bagi hadiah mcm2, bagi kad ucapan mcm2 dan hari2 merayu supaya aq mengajar lg. Syahdu pulak tgok. hmm :'( Then beberapa minggu kemudian dpt panggilan utk ganti kali kedua, rezeki jgn ditolak, aq terima terus. Ganti kali kedua ni mula2 ajar darjah 6 kejap, then transfer ke darjah 4. Darjah 6 pon mudah mcm darjah 5. Darjah 4, hmm, susah sikit je. hehe. Tapi time ganti kali kedua, ada beberapa adik2 yg x faham, dia kata aq tipu, "cikgu kata nk pindah, tapi kenapa dtg ajar lagi? cikgu ni tipu kan", sabar je layan adik2 ni :) Skip ke hari terakhir ganti kali kedua, perkara sama jd, semua sedih n hadiah dan kad ucapan sudah PASTI :) Lepas tu aq pergi Kursus Bahasa Arab sebagai persiapan ke MESIR. Cerita DAURAH BAHASA ARAB entri lain ye. Lepas daurah, aq dipanggil kali ketiga utk mengjar lagi, tapi aq mintak sebulan je, sbb dah nk flight ke MESIR (9 September 2014). Kali ketiga ni paling indah, sbb aq ajar tahun 1 dan tahun 2 yg kecik dan COMEL. Serious aq rindu sgt dgn diorang, sampai ke MESIR memori dgn diorang aq bawa :') SUSAH sgt nk kawal tahun 1 dan tahun 2, tp alhamdulillah lama2 boleh kawal. Nak tahu mcm mana? Jawapan dia BAWA ROTAN. haha >:D Tahun 1 dan 2 paling susah NAMUN ia juga paling INDAH. Hanya Allah tahu betapa rindu aq dkt mereka semua yg di Malaysia terutama ahli keluarga, kawan2, warga SAMTTAJ dan juga warga SRAI 19 :) 

              Sekarang aq di Mesir, tak tahu bila nak jumpa lagi? Dah 3 minggu aq di bumi anbiya ni. Imtihan Qobul dah lepas, tunggu natijah nye je skrg. Itu je utk kali ni, lps ni nk post pasal DAURAH BAHASA ARAB di Selayang dan story2 dkt MESIR. Ilalliqa’ , Ma’assalamah! Assalamualaikum J

Belanja sikit gambar:-


Putera 1 Mahabbah 2014

Puteri 1 Mahabbah 2014


Putera 1 Sabar 2014

Puteri 1 Sabar 2014

Putera 1 Ikhlas 2014
Puteri 1 Ikhlas 2014